Bagi orang Negeri Sembilan, kuih sopang antara hidangan wajib bila tibanya bulan puasa. Kebiasaannya kuih sopang ini dimasak di rumah, dan akan di buat lebih untuk disedekahkan kepada jiran tetangga, mengambil keberkatan sempena Ramadan. Istimewanya kuih sopang ini mempunyai rasa tersendiri, inilah kelebihan kuih dulu-dulu yang kini perlu kita warisi terutamanya generasi baru hari ini. Selamat mencuba!

KUIH SOPANG
BAHAN
500 gm tepung pulut
300 gm inti kelapa
1 liter santan pekat
500 ml air
Daun pisang
Garam
CARA PENYEDIAAN
- Adun tepung pulut dengajn air, uli seperti membuat onde-onde. Uli sampai sebati sehingga adunan tidak melekat di tangan. Rehatkan seketika adunan.
- Daun pisang yang sudah dilayur, sapukan dengan sedikit minyak agar tepung tidak melekat.
- Ambil sedikit adunan dan tepekkan pada daun pisang, letakkan inti kelapa kepitkan daun pisang bentukkan seperti karipap.
- Kemudian letakkan di dalam loyang, tuangkan santan yang telah dicampur dengan garam.
- Kukus sehingga masak selama 20 minit.