PELAKON Harris Annuar kini bergelar bapa selepas isterinya, Asha Merican selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 11.51 malam, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Harris,30, memberitahu permata hati mereka itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Perlis.

“11.51 PM, 26/3/23 di, 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah.

“Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina Mohd Harris. 2.76 KG. Baby lato-lato @ashamerican,” tulis Harris di ruangan kapsyen.

Terdahulu, bekas peserta Hero Remaja itu pernah berkongsi sikap isterinya yang mengidam benda-benda pelik seperti bau simen, bermain lato-lato dan memakan sabun.

Walau bagaimanapun, isterinya hanya sempat menjilat sedikit sabun ketika sedang mandi sebelum berkumur dan tidak sempat ditelan.

Harris dan Aisha bernikah pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta.