Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkongsi gambar di mana tempat duduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat kosong.

TIGA pemimpin Perikatan Nasional (PN) didakwa gagal memanfaatkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) selepas tidak hadir di Dewan Rakyat pagi ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkongsi gambar di mana tempat duduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat kosong.

“Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Marang sekali lagi tidak muncul dan tidak bertanya soalan bagi PMQ.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hadir,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter, hari ini.

Baca artikel lain: Tun M dakwa Anwar fitnah, beri masa tujuh hari tarik balik kenyataan

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyindir, tiga pemimpin tersebut kerana tidak memanfaatkan sesi PMQ untuk berdebat dan bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

Katanya, sikap itu menggambarkan mereka bertiga cuma berlagak menjadi ‘hero’ di luar Parlimen.

“Tempat berdebat dalam Parlimen tetapi kamu tidak sanggup berdepan dan bertarung sebagai anak jantan.

“Belum pernah dalam sejarah Parlimen, Perdana Menteri berdepan (wakil rakyat) pada Selasa selama 30 minit, kita panggil PMQ…Ahli Parlimen boleh tanya apa saja soalan, Perdana Menteri akan jawab,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram