DUA remaja tercampak di atas jalan raya selepas motosikal yang dinaiki melanggar kereta peronda polis di Persimpangan Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kemalangan pada pukul 10.10 malam itu berlaku semasa kereta peronda polis dalam perjalanan dari arah Bandar Tasik Puteri ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).
Beliau berkata, tiba di lampu isyarat Persiaran 3 Lembah Hijau, kereta peronda yang sedang meneruskan perjalanan telah dilanggar dari arah kiri oleh sebuah motosikal.
“Penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 14 tahun telah tercampak dan terjatuh di atas jalan raya.
“Kedua-dua dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan sementara dua anggota polis yang berada di dalam kereta peronda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Tayar lori pecah ragut nyawa suami isteri naik Preve
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norazlan Noorudin di talian 0197974466.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram