Pempengaruh media sosial di TikTok yang dikenali dengan nama Aisyah terkejut apabila video dia membelikan botol air untuk adik-adiknya yang dimuat naik di TikTok mengundang kecaman negatif netizen di laman Twitter.
Menurut Aisyah yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di TikTok miliknya, dia sendiri terkejut apabila ada yang mempertikaikan tindakannya membeli botol air untuk adik-adiknya kerana menganggap harga botol air itu terlalu mahal.
Tampil menjelaskan keadaan, ulas Aisyah di laman TikTok miliknya, membeli botol air yang berkualiti, cantik dan tahan lasak semestinya lebih berbaloi untuk penggunaan jangka masa yang lama. Malah soal harga bukanlah isu kerana barangan itu untuk insan kesayangan.
Aisyah turut menambah, dia hanya sekadar berkongsi video pembelian botol air MommyHana di ruangan TikToknya kerana mahu berkongsi kepuasannya membeli botol air yang berkualiti tinggi, ditambah pada ketika itu adalah musim baru persekolahan.
Turut terkesan dengan kecaman di Twitter tersebut adalah Puan Hana selaku pengasas produk MommyHana. Beliau turut terkilan dan kecewa atas kecaman yang diterima di Twitter dan TikTok yang mendakwa harga produk MommyHana mahal.
Menurut Puan Hana, ramai orang tidak tahu usaha yang diletakkan untuk menghasilkan sesuatu produk, apatah lagi produk tersebut berkualiti, tahan lama dan terbaik.
Sebagai perbandingan, Puan Hana menjelaskan jika kita boleh membeli secawan kopi dengan harga RM15.00 ke RM20.00 tanpa banyak soal hanya kerana produk itu adalah dari negara luar, maka mengapa orang kita sendiri mahu mengecam produk dari negara sendiri hanya kerana harga yang menurut mereka mahal.
Tambah Puan Hana, MommyHana sendiri telah melakukan yang terbaik dalam mengeluarkan produk-produk mereka dan ulasnya, sudah hampir dua tahun MommyHana menjalankan penyelidikan serta mengeluarkan modal mencecah jutaan ringgit bagi menghasilkan botol air yang terbaik untuk anak-anak.
“Jangan seperti anjing menyalak di bukit. Bukit tak runtuh, termalu diri sendiri,” ulasnya di akhir penulisannya di laman sosial miliknya.
MommyHana yang ditubuhkan pada tahun 2016 mula dikenali ramai dengan produk buku interaktif mereka iaitu My First Book dan My Islamic Book. Syarikat milik penuh bumiputera ini turut menghasilkan Islamic Audio Device serta makanan tambahan seperti Excel Hana, Emmune Kids dan Emmune Adult.
Syarikat yang diasaskan oleh pasangan suami isteri Tuan Farid dan Puan Hana ini semakin melebarkan pengaruhnya dengan menghasilkan produk persekolahan untuk kanak-kanak pada penghujung tahun 2022.