Rakaman memaparkan Audrey Hale menceroboh masuk sebuah sekolah bersama senjata api.

TIGA kanak-kanak dan tiga kakitangan sebuah sekolah swasta di Tennessee maut selepas ditembak seorang penyerang yang juga bekas murid sekolah terbabit.

Menurut Ketua Polis, John Drake berkata, pihaknya kini sedang menyiasat lakaran sekolah yang dilukis oleh suspek selain manifesto serta tulisan yang ditinggalkan.

Rakaman CCTV suspek di bawah ⬇️

Beliau berkata, suspek dikenali sebagai Audrey Elizabeth Hale,28, merupakan penduduk kawasan Nashville dan dikenal pasti sebagai lelaki ‘transgender’.

Dalam sidang akhbar yang dijalankan, Drake berkata pihaknya kini sedang mengenalpasti punca yang mencetuskan tembakan tersebut.

Sementara itu, Jabatan Polis Metropolitan Nashville menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.13 pagi semalam, waktu tempatan.

Jurucakap polis, Don Aron berkata, pegawai yang tiba melaporkan tembakan didengari dari tingkat dua bangunan sekolah tersebut.

“Dua anggota polis telah bertindak menembak penyerang di kawasan lobi dan disahkan maut pada pukul 10.27 pagi,” ujarnya.

Sementara itu, tiga murid disahkan meninggal dunia selepas tiba di Hospital Kanak-kanak Monroe Carell Jr. di Vanderbilt dengan kesan tembakan.

Tiga kakitangan terbunuh termasuk Pengetua sekolah iaitu Katherine Koonce.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah diberi taklimat mengenai insiden itu, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre pada Isnin. 

Biden dalam ucapannya memuji tindak balas pantas penguatkuasa undang-undang dan menyeru negara itu mengambil langkah menghentikan keganasan senjata api.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram