Tun Dr Mahathir Mohamad. GAMBAR: Abd Razak Aid

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandungi unsur fitnah.

Dr Mahathir menegaskan, beliau memberi masa tujuh hari kepada Perdana Menteri itu untuk menarik balik kenyataan berkenaan.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya Anwar tidak menarik balik kenyataan tersebut.

“Saya beri masa tujuh hari untuk Anwar tarik balik dan lakukan beberapa perkara untuk menunjukkan bahawa dia tidak percaya kepada apa yang disebutkannya.

“Dalam tempoh tujuh hari (jika) dia tak jawab, maka saya bebas untuk ambil tindakan lain,” jelas Dr Mahathir pada sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Baca lagi: Kes saman fitnah Zahid terhadap Mahathir ditetap November

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, adalah tidak wajar seorang Perdana Menteri untuk membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

Tambah Dr Mahathir, kenyataan Anwar itu secara tidak langsung telah memberi gambar buruk terhadap dirinya sepanjang tempoh menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Ia merupakan fitnah melainkan dia dapat menunjukkan bukti bahawa saya ada berbilion ringgit dan melarikan duit ke luar negara serta tidak membayar cukai.

“Sekarang dia PM. Seorang PM mempunyai tanggungjawab, tidak boleh buat tuduhan begitu saja.

“Sebab itu, hari ini saya buat keputusan untuk tuntut dia tarik balik fitnah yang dilempar terhadap diri saya,” kata Dr Mahathir.

Terdahulu, Anwar secara terbuka membidas sikap seorang bekas pemimpin negara yang mengeluarkan kenyataan berhubung nasib orang Melayu di tindas di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Walaupun tidak menyebut nama bekas pemimpin itu, Anwar memberi klu dengan angka ’22 tahun dan 22 bulan’ yang merujuk kepada tempoh pentadbiran.

Anwar juga turut menyatakan yang bekas pemimpin itu membolot harta bagi keluarga dan anak-anak beliau.

Ironinya, melihat kepada kenyataan Anwar itu, Dr Mahathir yakin yang ia disasarkan kepada dirinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram