SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke semalam.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke semalam.

Siew Fook yang tiba di Johor bersempena lawatan kerja sehari beliau ke negeri itu turut mempersembahkan taklimat serta perkembangan projek infrastruktur berkaitan pengangkutan yang sedang dilaksanakan di Johor.

Perkara itu dikongsi Baginda Tuanku menerusi kenyataan yang dimuat naik platform media sosial.

Kenyataan tersebut memaklumkan, pertemuan antara Sultan Ibrahim dan Siew Fook berlangsung hampir dua jam.

Baca lagi: Permohonan projek Kedah Aerotropolis sudah dibuat, kata Sanusi kepada Anthony Loke

Antara perkara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah perkembangan kerja-kerja berkaitan projek Sistem Transit Rapid (RTS), Projek Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT) dan Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru. 

“Sesi mengadap ini adalah kelaziman di mana perwakilan asing mahupun pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan yang mengadakan lawatan kerja ke Johor, akan mengadap Sultan Johor bagi mempersembahkan perkembangan projek atau program-program yang dijalankan di Johor,” jelas kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram