Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

KERAJAAN bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan ini bakal melibatkan kehilangan hasil kerajaan sekitar RM250 juta setahun dan memberi manfaat kepada 400,000 pembayar cukai.

“Tan sri yang dipertua, jumlah ini bukan jumlah B40, orang yang berpendapatan lebih sederhana tetapi oleh kerana maksudnya adalah pendidikan.

“Yang keduanya, belanja pendidikan kian meningkat sebab itu kita beri kelonggaran ini,” katanya ketika sesi Pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Baca artikel lain: JIM Sabah usir 9,938 pendatang tanpa izin sejak 2021

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, mulai Tahun Taksiran 2023, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu hingga RM8,000.

Katanya, perkara itu selaras keputusan kerajaan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN susulan pelbagai alasan.

“Kerajaan sebelum ini, memang beri potongan cukai kepada pencarum SSPN sebagai galakan, terutama kepada ibu bapa untuk mencarum bagi pendidikan anak mereka dengan kemudahan ini disambung beberapa kali hingga 2022.

“Namun, ia dihentikan tahun ini. Kalau simpan (SSPN) tahun ini, tiada potongan cukai atau ‘relief’ pada tahun hadapan. Keputusan ini dibuat kerajaan atas dasar dan keadaan bersesuaian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram