Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Ayob Khan Mydin Pithchay GAMBAR: Abd Razak Aid

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

PDRM dalam kenyataan malam ini memaklumkan akaun berkenaan adalah palsu dengan menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan akaun itu dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih,” menurut kenyataan itu.

Akaun tersebut yang mempunyai lebih 70,000 pengikut memuat naik pelbagai gambar dan video berkaitan Ayob Khan yang menyarung pakaian uniform.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram