Pernah tak ibu-ibu tertanya-tanya dari mana datangnya habuk dan debu dalam rumah walaupun sudah kerap membersihkan rumah? Pasti letih bukan setiap hari perlu membersih dan membuang habuk dalam rumah.
Masalah rumah mudah berhabuk membuatkan kita berasa tidak selesa, lagi-lagi habuk yang jelas nampak berterbangan di udara.
Rumah berhabuk bukan sahaja memberi ketidakselesaan buat kita, malah boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anak-anak dan ahli keluarga.
Sekiranya kita atau salah seorang ahli keluarga yang mempunyai alahan pada habuk pasti kita sedaya upaya mencari alternatif lain untuk menghilangkan habuk dan debu supaya tidak akan muncul semula.
Cuba ikuti perkongsian daripada wawadels tentang cara untuk mengurangkan habuk di rumah.
“Hi ibu-ibu, harini saya nak share berkenaan macam mana kita nak maintainkan rumah supaya tiada habuk. Tipu la tiada habukkan tapi kita boleh kurangkan habuk okay.
Saya guna method ini since duduk dengan my sister dulu. Dia rajin ajar tips cleaning rumah. Yang ni memang berhasil sebab dia dulu pun stay apartmen jugak so saya apply dia pun apply dan alhamdulillah berkesan.
Tips ni mungkin popular dikalangan ibu-ibu bagi mengelakkan habuk2 berkumpul pada perabot. Dengan cecair pelembut pakaian korang dah boleh guna tips ni tau.
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧-bahan 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧
- Botol spray
- Satu penutup pelembut pakaian
- 1 liter air
𝟑 𝐬𝐭𝐞𝐩 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 kalian cuba
- Campurkan cecair pelembut pakaian bersama air dalam satu botol.
- Setelah campuran sebati, masukkan ke dalam botol spray.
- Sembur pada perabot bagi mengelakkan perabot melekat.
Hopefully korang dapat sesuatu, jangan lupa like, komen dan share tau.”



Kredit: wawadels