IBU hamil seringkali mengidam sesuatu tidak kira makanan atau barang yang pelik.
JIka ada kesempatan, sudah menjadi tanggungjawab bagi para suami untuk menunaikan permintaan si isteri.
Sebelum ini, pelakon popular, Remy Ishak menyembunyikan kehamilan isterinya, Ezza Yusof kerana masih terlalu awal untuk diumumkan demi menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Kini, berita kehamilan Ezza atau Roszaliza Yusof, 40, yang mana usia kandungannya yang sudah masuk usia lima bulan itu bukan lagi rahsia selepas Remy mengesahkan mereka kini sedang menanti kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga kecil mereka.
Berkongsi ragam ibu hamil, Remy atau Mohammad Zalimei,41, menganggap dirinya seorang suami yang tidak berguna kerana gagal menunaikan permintaan isterinya yang mengidam buah ciku.
Bagaimanapun, pelakon Jangan Menangis Cinta itu bersyukur kerana keinginan isterinya itu dapat ditunaikan dengan bantuan seorang individu yang baik hati.
“I am such a bad husband, isteri mengidam nak makan ciku pun tak sempat cari, maaf ya @ezzarl.
“Nasib baik Kak Dila jadi penyelamat, import dari Kedah. Terima kasih kak @adilahbtshuib,” kongsinya di Instagram Story miliknya.
Sekadar info, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.