Setiap kali menjelang Ramadan, Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd. antara syarikat korporat yang aktif menjalankan program amal, terutamanya pengedaran bubur lambuk yang melambangkan semangat Ramadan, berkongsi dan membantu mereka yang memerlukan.

Tahun ini, sekali lagi program insiatif tanggungjawab sosial korporat Adabi bersama Zoo Negara buat kali 9 diadakan. Selain bertujuan untuk mengeratkan ukhwah, Adabi turut prihatin dengan keperluan pemakanan haiwan dengan menaja makanan kucing Power Cat.
Menurut Azizie Amad, Pengurus Pemasaran Adabi Consumer Industries penajaan Power Cat ini merupakan kali ke 5 untuk sepanjang tahun.

Kerjasama di antara Adabi dan Zoo Negara bergotong-royang memasak bubur lambuk ini berjaya mengagihkan sebanyak 1200 pek kepada pengunjung, kakitangan Zoo Negara dan rumah anak yatim.
Kehadiran selebriti jemputan Ayu Damit dan Fiza Elite, turut memeriahkan suasana bersama menyediakan bubur lambuk.

Istimewanya bubur lambuk Adabi ini, sentiasa di nantikan setiap Ramadan, resipi turun-temurun rempah ratus asli rahsia keenakan tiada tandingan warisan berzaman.

Pengurus Jenama, Promosi dan Media Korporat Adabi, Roshidi Zabidi berkata, “Program bubur lambuk, rewang, sahur tak sahur diadakan sepanjang bulan Ramadan, kami juga akan berada di Sabah dan Sarawak,”. Tidak ketinggalan memberi sumbangan kepada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan golongan yang memerlukan.
