Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn. Bhd. menyifatkan perkembangan ekonomi dan situasi negara yang semakin pulih dari pandemik bakal diraikan dengan sambutan Aidilfitri yang cukup meriah dan sakan.
Mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik, Trend Raya 2023 bakal menjadi sebuah hub membeli-belah dengan menyatukan para peniaga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan ‘indoorbazaar’ yang berkonsepkan ‘trendy’.
“Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri ‘trendy’ dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini.
“Trend Raya juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer yang digemari ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023.
“Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang tiga hari berlangsungnya acara ini,” ujar En Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd.
Trend Raya 2023 akan berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Dengan kemasukan secara percuma, bazar ini akan berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Melalui Trend Raya 2023 ini juga, sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan.
Di samping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023.
Di samping itu, menurut En Mohd Ikmal Fareeq, pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan.
Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi. Selain daripada itu, Trend Raya juga akan membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini.