Majlis berbuka Anak Kedah di MAEPS: Mardi tidak keluar surat setuju terima tempahan

Dari Penulis

MARDI Corporation Sdn Bhd (Mardi Corp) mengesahkan pihak Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) belum mengeluarkan sebut harga atau surat setuju terima kepada penganjur ‘Majlis Berbuka Puasa Anak Kedah di Perantauan’yang membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Mardi Corp selaku pihak pengurusan MAEPS memandang serius dakwaan pihak tertentu yang menggunakan namanya untuk kepentingan mereka.

“Mardi Corp selaku pihak pengurusan MAEPS ingin mengesahkan kenyataan yang dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, pada 30 Mac 2023 bahawa pihak MAEPS belum mengeluarkan sebut harga atau surat setuju terima kepada pihak penganjur “Majlis Berbuka Puasa Anak Kedah Di Perantauan” adalah tepat dan benar.

“Sehubungan itu pihak MAEPS memandang serius dakwaan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama MAEPS untuk kepentingan pihak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Hilmi Abd Wahab, mendakwa Mohamad berbohong mengenai isu sewaan dewan di MAEPS.

Katanya, beliau individu yang bertanggungjawab menguruskan program berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This