Pasti ramai yang masih pening memikirkan idea warna tema baju raya tahun ini terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Memakai baju sedondon pasti menjadi kemestian setiap kali menjelang hari raya.
Namun begitu, pasti ada perbalahan kecil yang berlaku dalam kalangan anak-anak ketika hendak memilih warna pakaian mengikut citarasa mereka.
Jangan bimbang, belajar teknik padanan warna daripada Puan Mary ini.
“Adakah cikpuan masih kurang pasti warna-warna yang boleh dipadankan bersama pakaian dan tudung semasa hari raya nanti?
Kali ini saya kongsikan 3 teknik padanan warna yang cikpuan boleh gunakan untuk memadankan warna tudung dan baju.

1) Teknik Monochromatic
Gabungan warna dalam keluarga yang sama. Jadi silap bila kita associates monochrome dengan hitam dan putih sahaja!
2) Teknik Analogous
Gabungan warna-warna dari sektor bersebelahan dalam roda warna. Menariknya teknik ini membolehkan kalian bereksperimentasi dengan lebih banyak warna tapi tetap nampak ‘masuk’.
3) Teknik Complementary
Penataan warna dari sektor bertentangan dalam roda warna. Color block gelaran popularnya! Anda pastinya seorang yang berani jika menggayakan penataan tudung menggunakan teknik complimentary ni.

Semoga cikpuan dan keluarga tampil lebih menarik, berkeyakinan dan elegan di pagi raya selepas mengetahui dan mempraktikkan ilmu padanan ini.
Nota 1: Kongsikan kepada kenalan cikpuan, supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada ilmu ini.
Nota 2: Pastikan cikpuan mempunyai Color Disk didalam Harmonyzr untuk mendapatkan padanan warna yang menarik!
#GuruImej #PuanMary
#TipImejRaya #TipPilihWarna”

Kredit: Puan Mary