Kacang Pool hidangan popular orang Johor. Hidangan ini tidak dimakan dengan nasi tetapi dengan roti. Di negara kita, kebiasaannya menggunakan roti paun yang dipotong tebal dan dibakar setelah disapukan mentega. Tetapi di negara Timur Tengah dan Mesir, mereka menggunakan roti Arab dan roti nan.

Kacang pool ini sebenarnya resipi asal dari Timur Tengah. Hidangan ini tidak ramai yang menjualnya kecuali di Johor. Bagi yang nak merasa keenakan rasa kacang pool, boleh masak di rumah ikut langkah yang diajar oleh Chef Zack ini. Selamat mencuba.

KACANG POOL
BAHAN

500 gm daging cincang
1 labu bawang Holland – cincang
5 ulas bawang putih – cincang
200 gm kacang macadamia
200 gm kacang parang
200 gm kacang merah
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tomato puri
3 cm kulit kayu manis – kisar
5 biji buah pelaga – kisar
8 kuntum, bunga cengkih – kisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 tangkai cili hijau – hiris
1 labu bawang merah – cincang
2 biji limau kasturi
1 keping roti bakar
1 biji telur mata separuh masak
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan kacang macadamia, kacang parang dan kacang merah, lenyek-lenyekkan sehingga sebati. Boleh juga menggunakan kacang kuda jika suka.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kayu manis, serbuk buah pelaga, serbuk bunga cengkih, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Tumis sehingga naik wangi.
  4. Kemudian masukkan daging kisar dan gaul rata. Biarkan daging masak seketika.
  5. Selepas itu, boleh masukkan kekacang dan tomato puri. Kacau seketika.
  6. Setelah pecah minyak, masukkan tepung jagung. Biarkan kuah pekat seketika. Setelah masak, bolehlah hidangkan dengan roti bakar, hirisan cili hijau, bawang merah, limau kasturi dan telur separuh masak.