Setiap manusia yang bergelar ibu bapa pasti mengimpikan seorang anak yang soleh dan solehah. Mendidik anak-anak bukan suatu yang mudah. Banyak perkara yang ibu bapa perlu memahami dan pelajari dalam mendidik anak-anak kerana pendidikan pertama mereka bermula dari rumah.

Menerusi perkongsian daripada Siti Munirah, dapat disimpulkan bahawa mendidik anak menjadi soleh dan solehah itu sebenarnya bermula daripada ibu bapa sendiri. Ikuti perkongsiannya.

“Nak anak soleh, bukan hanya ajarkan anak tentang ilmu-ilmu yang patut dipelajarinya sahaja, tetapi ibu bapa itu sendiri harus faham cara untuk menguasai diri dan cara untuk dekatkan diri pada Allah.

Allahuakbar.

Sentap. Selama ini dalam pelajari ilmu parenting, fokus hanya diberikan hanya pada anak itu sendiri. Tanpa kita sedar bahawa diri ibu bapa itu jualah yang akan buatkan anak itu menjadi soleh.

Ada 4 parenting methods yang diterangkan oleh ustazah Dr. Sholihah Kaswari dalam seminar Quranic Parenting

1- Zikir

Diri seorang ibu bapa itu jangan lepas daripada mengingati Allah. Dengan mengingati Allah, barulah diri parents itu tenang. Dan paling utama dalam menahan marah daripada meluap-luap melihat karenah anak-anak.

Allah jadikan anak-anak itu sebagai perhiasan di dunia sehingga kadangkala membuatkan diri ibu bapa itu sibuk bekerja kerana inginkan kesejahteraan anak-anaknya. Sehingga melambatkan solat kerana urusan kerja yang tak pernah habis.

Bagi suri rumah pula, sibuk dengan urusan rumah yang tak pernah habis, sibuk uruskan hal anak-anak sehingga melewatkan solat.

Zikir yang terbaik adalah solat. Jika solat kita masih culas, masih lambat-lambat, adakah sudah cukup untuk anak-anak lihat kita sebagai role model terbaik menjadi soleh? (Allahuakbar, muhasabah buat diri ini.)

2- Doa

Doa adalah senjata seorang mukmin. Sebagai ibu bapa, jangan tinggalkan doa untuk anak-anak kita agar anak-anak menjadi soleh dan taat dalam menjalankan tugas seorang hamba.

Ada banyak doa-doa para nabi yang ada dalam Al Quran untuk anak-anak. Kita boleh sentiasa rujuk dan amalkan dalam setiap doa kita.

Moga dengan doa-doa ini, Allah memilih salah satu darinya yang menjadi asbab kesolehan anak-anak kita.

3- Sabar

Ya, nak mendidik anak-anak memang perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Kadangkala hilang juga kesabaran kerana tak mampu menahan geram di dada apabila diuji dengan perbuatan anak-anak.

Harus juga kita lihat bagaimana kesabaran kita untuk melakukan solat dan solat-solat sunat yang lain.

Ingin anak soleh, kita harus upgrade solat kita. Bukan hanya sekadar solat fardhu sahaja. Solat sunat juga jangan ditinggalkan. Solat sunat terbaik setelah solat fardhu adalah solat malam.

Sudahkan kita bersabar dalam melazimi solat-solat malam kita? Jika kita masih lagi susah nak bangun solat malam, tidak sabar untuk tinggalkan keenakan tidur, maka bagaimana kita mahu lihat anak-anak mendirikan solat dan amalan lainnya? (Allahuakbar, sekali lagi ditampar, muhasabah buat diri ini)

3- Taubat

Bertaubatlah atas segala perbuatan buruk kita. Jika kita menjadi ayah yang keluar bekerja, jagalah amanah yang diberikan.

Sepanjang hidup kita ini, pastilah ada tingkahlaku yang kuta lakukan yang terlalu menuruti syahwat kita. Dan pasti ada juga kita ada rasa ragu akan rezeki yang telah Allah janjikan buat kita.

Segerakanlah bertaubat. Fokuskan hidup untuk akhirat. Bukan fokus pada urusan dunia, dan yang berbaki baru untuk akhirat.

Jadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup yang sebenar. InsyaAllah, pasti hati anak akan jadi bahagia, mereka mudah untuk dibentuk, dan menerima nasihat.

Ubah cara hidup kita. Dunia parenting ini bukan hanya dunia anak-anak yang kita nak ubah. Bukan hanya cara bagaimana buat anak-anak tidak tantrum sahaja. Bukan juga hanya bagaimana buat anak jadi lebih cerdik.

Dunia parenting menurut Al Quran adalah terkait dengan diri kita. Bagaimana kita menahan emosi kita dan bagaimana hubungan kita dengan Allah. Jika kita jaganya dengan baik, kita ikuti Al Quran dan As sunnah, insyaAllah anak-anak akan sentiasa dalam jagaan Allah. Kesolehan mereka juga akan dapat kita lihat yang membuatkan mata kita sejuk untuk melihat.

Sahabat-sahabat,

Sungguh, Al Quran itu petunjuk yang jelas lagi nyata. Dalam setiap sisi kehidupan kita, yakinlah. Tunaikanlah hak-hak Al Quran, insyaAllah kita pasti akan dapat jawapan dalan setiap isu.

Terima kasih ustaz dan ustazah kerana menyediakan seminar ini. Mun hadirinya 2 tahun yang lepas.Banyak ilmu baru yang dapat, dan moga Allah berkati ilmu ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dalam mendidik anak-anak. Aminn”

Kredit: Siti Munirah