SEBAHAGIAN suasana kecoh ketika pelanggan menyerbu kedai pakaian yang mengadakan promosi. - Gambar dari video tular

KIRA-KIRA 500 orang menyerbu sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, Shah Alam, bagi yang mengadakan promosi baju raya berharga murah sehingga berlaku kekecohan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima aduan mengenai insiden itu sekitar jam 10.30 pagi membabitkan kekecohan ketika kedai pakaian terbabit memulakan operasi.

Kekecohan berlaku apabila kedai pakaian itu membuat promosi untuk 100 orang pertama dapat membeli pakaian pada harga RM1, manakala 50 orang berikutnya mendapat baju kurta percuma.

“Dianggarkan lebih 500 orang membanjiri kedai itu untuk mendapatkan harga promosi berkenaan sehingga berlaku tolak-menolak dan kekecohan.

“Atas faktor keselamatan, pihak pengurusan kedai bersetuju menghentikan operasi pada jam 11.45 pagi kerana tidak dapat mengawal bilangan pengunjung yang hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERITA BERKAITAN Tak perlu keluar rumah nak beli baju raya! Ini inovasi terbaru daripada MCC Lifestyle

Beliau berkata, hingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlalu mudah terpengaruh dengan mana-mana promosi yang dibuat pada musim perayaan ini, manakala pihak peniaga perlu sentiasa peka dan elakkan membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai bagi mengelak kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah kedai pakaian di Seksyen 7.

Menerusi rakaman itu, pengunjung kedai pakaian dari pelbagai peringkat usia itu dilihat berasak untuk memasuki premis berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram