Gambar FB/therahimmaarof

PENYANYI rock legenda, Rahim Maarof, 68, kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Anak sepupunya, Nik Nazira Narriman yang juga isteri kepada penyanyi, Yonnyboii, penyanyi yang popular sekitar tahun 1980-an dengan lagu Cinta Kristal dan Istana Menanti itu dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu.

“Ya, Uncle Rahim sekarang ditempatkan di ICU dan masih tidak sedarkan diri sejak menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

“Uncle Rahim dibedah berikutan strok, tetapi memang menghidap penyakit darah tinggi. Jadi, boleh dikatakan keadaannya agak kritikal.

“Saya dapat tahu daripada ibu, nak tanya lebih pun tak boleh sebab mereka sibuk. Saya tidak boleh melawat kerana hamil,” katanya memetik laporan BH Online.

BERITA BERKAITAN Empat hari ketuai operasi SAR, Pengarah Bomba Selangor diserang ‘minor stroke’

Tambah Nik, dia dan keluarga mohon orang ramai mendoakan baik-baik buat bapa saudaranya.

“Saya harap Uncle Rahim segera sedar sebab kita pun sudah nak raya, jadi sedih bila dengar berita sebegini.

“Ibu saya sedih, malah seluruh keluarga bersedih bila dapat tahu. Jadi, kami mendoakan Uncle Rahim kembali sedar secepat mungkin, insya-Allah.

“Uncle Rahim dan ibu saya adalah sepupu. Mereka membesar bersama. Kami pun sudah lama tak jumpa, tetapi sebelum ini, saya tahu Uncle Rahim sihat sahaja.

“Memang ada rancang nak bertemu dengan Uncle Rahim pada bulan puasa ini, tetapi sedih bila dapat berita begini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram