LEBIH dua juta visa telah dikeluarkan kepada mereka yang berhasrat untuk menunaikan Umrah dari 176 negara di sekuruh dunia sejak bermulanya musim Umrah 1444H pada 30 Julai lalu. - Gambar hiasan

LEMBAGA Tabung Haji (TH) telah menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu. 

Baca lagi: 20 maut, 29 cedera bas bawa jemaah umrah langgar jambatan, terbakar

Menurut TH, institusi itu sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuk  perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

Menurut kenyataan itu TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji negara. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram