INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) mengumumkan pelantikan Dr. Khalid Abdul Hamid, 61 tahun, sebagai Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan badan pemikir bebas tersebut, berkuat kuasa hari ini.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Ekonomi Pembangunan dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat dan Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia itu mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam penyelidikan pelbagai bidang khususnya ekonomi dan sosial.
Sebagai mantan Pengarah Bahagian Industri Perkhidmatan di Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau bertanggungjawab mengetuai penyediaan kertas-kertas dasar, laporan dan dokumen berkaitan ekonomi, kewangan serta sosial termasuk input untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin berkata, semasa di Kementerian Kewangan, beliau mengetuai pasukan yang ditugaskan menyediakan Laporan Ekonomi serta Belanjawan 2015 dan 2016.
Jawatan terakhir beliau adalah mengetuai Unit Penyelidikan Strategik Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan sering dijemput membentangkan hasil kajiannya di dalam dan luar negara.
Antaranya, kajian tentang Pasaran Tenaga Bersepadu di Asia Tenggara yang dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Brunei dan Jakarta pada 2011.
Kertas penyelidikan beliau mengenai kesan kenaikan kadar tenaga terhadap industri makanan turut mendapat perhatian Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN (AMM) pada 2012, malah diterbitkan jurnal terkemuka ERIA.
“MASA mengalu-alukan pelantikan Dr. Khalid dan berharap dengan kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang penyelidikan dapat membantu membawa MASA ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai badan pemikir yang berwibawa berlandaskan nilai-nilai kemakmuran bersama,” kata Azril.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram