DUA pemandu dikenakan saman selepas perbuatan mereka melanggar lampu isyarat merah tular di media sosial.
Kesalahan trafik itu dilapor berlaku di Kulim, Kedah pada 28 Mac lalu.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menularkan video kejadian di laman Facebook.
“Seorang pemandu pacuan empat roda berusia 44 tahun dan seorang pemandu lori berusia 40 tahun ditahan pada pukul 11.30 pagi kelmarin,” kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kedua-dua pemandu telah dipanggil ke Balai Trafik Kulim bagi siasatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

