KEMENTERIAN Dalam Negeri mendapati hanya 40 peratus pasport yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) pada pasca COVID-19 digunakan untuk tujuan perjalanan segera.
Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 2.8 juta pasport telah dikeluarkan oleh pihak berwajib.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, manakala baki 60 peratus lagi tidak mempunyai tujuan perjalanan dalam masa terdekat.
Jelas beliau, selain itu berlaku peningkatan permohonan sebanyak empat kali ganda sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan.
“Permohonan boleh dibuat dalam talian dan apabila pasport dikeluarkan, data menunjukkan 40 peratus yang gunakan untuk perjalanan, 60 peratus lagi simpan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Malaysia komited perjuang setiap hak rakyat Palestin
Sebelum ini Saifuddin Nasution mendedahkan, pihak imigresen telah mengeluarkan sebanyak 2.8 juta pasport pasca COVID-19 iaitu peningkatan empat kali ganda berbanding tempoh sebelum itu.
Dalan pada itu, beliau memberitahu, sistem parol yang diwujudkan di bawah Akta Penjara Seksyen 43 mampu mengurangkan kes banduan kembali ke penjara.
Katanya, daripada setiap 800 banduan yang dibebaskan dengan kaedah itu, seorang sahaja yang kembali ke penjara.
“Apabila kita laksana dua pertiga masa mereka di luar, satu pertiga sahaja di dalam penjara, ia berjaya dan ini adalah berita baik,” katanya.
Katanya, ketika ini terdapat 39 penjara dalam negara dengan kapasiti 65,000 pesalah, tetapi sekarang penghuninya adalah 70,000 orang.
“Akta Penjara Seksyen 43 membolehkan tahanan yang dihukum kurang tiga tahun penjara boleh dikeluarkan dengan sistem parol.
“Dan di bawah akta kehadiran wajib sebenarnya orang yang dihukum penjara itu boleh berada di rumah dan melalui kehidupan macam biasa di bawah perintah pembebasan berlesen.
“Jadi kategori ini kita uruskan lebih banyak masa mereka berada di luar sepertimana dibenarkan dalam akta tertentu, akta penjara dan akta kehadiran wajib kita dapati impaknya sangat bagus,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram