AKTOR Remy Ishak memilih untuk meraikan kedatangan Syawal pertama hari ini bersama keluarga di Melaka.
Kata bintang filem Jiwa Taiko ini, dia dan isterinya, Ezza Yusof sepakat untuk pulang ke Melaka lebih awal bagi meraikan Aidilfitri
“Raya pertama saya pulang ke Melaka iaitu di sebelah keluarga saya. Manakala, hari raya kedua pula, saya akan beraya di Pahang, belah keluarga isteri.
“Saya tak ada tema warna baju raya yang spesifik sebab raya tahun ni saya dapat jemputan rumah terbuka, jadi saya memang ada banyak baju raya pelbagai warna yang akan saya pakai nanti,” katanya kepada URTV.
Mengulas lanjut mengenai bajet raya, Remy hanya bersederhana kerana enggan berlebih-lebihan memandangkan dia perlu menyediakan persiapan menyambut kelahiran anak sulung dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
“Kalau macam raya tahun lepas, saya banyak menerima tetamu dan berbeza dengan tahun ini.
“Bajet raya tahun ni sederhana sahaja, saya akan hulur juga duit raya kepada tetamu yang datang ke rumah,” jelasnya.
Untuk rekod, Remy dan Ezza berkahwin pada Ogos 2021 dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.