YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89.
Ucapan ditujukan kepada seluruh warga angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama unit keselamatan itu.
Seri Paduka menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga TLDM demi melindungi kedaulatan serta memelihara keselamatan perairan negara.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota tentera laut yang telah terkorban semasa bertugas.
Baca artikel lain: Shahidan beri bayangan tanding PRN namun enggan dedah DUN mana
“Yang di-Pertuan Agong turut mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” titah Seri Paduka menerusi catatan di Facebook Istana Negara, hari ini.
Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakan agar TLDM terus menjadi sebuah angkatan dihormati di persada antarabangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram