Menghafal al-Quran bukan suatu perkara yang mudah. Memerlukan komitmen yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk mengkhatamkan satu nafkah al-Quran.

Namun begitu, tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Begitu juga dengan impian menghafal al-Quran dalam masa yang singkat, hanya perlu kesungguhan dan semangat yang tinggi. Terdapat banyak cara dan kaedah menghafal dengan cepat dan mudah.

Berikut adalah antara tip menghafal al-Quran dengan cepat

1. Kenal pasti surah atau juzuk yang ingin dihafal

2. Ambil tahu jumlah muka surat dalam surah atau juzuk yang perlu dihafal

3. Mengetahui jumlah keseluruhan baris dalam muka surat bagi surah atau juzuk yang dihafal

4. Dalam satu muka surat, pecah ayat menjadi beberapa bahagian supaya mudah fokus

5. Fahami dan belajar makna ayat yang perlu dihafal

6. Belajar tajwid al-Quran dengan baik supaya bacaan lancar dan betul

7. Mendengar bacaan surah yang ingin dihafal berulang-ulang kali

8. Berguru ketika menghafal al-Quran

9. Baca surah yang ingin dihafal berulang kali

10. Berkawan dengan orang yang turut menghafal al-Quran

Anda boleh praktikkan kaedah ini juga sekiranya hendak menghafal dalam tempoh yang singkat.

Langkah pertama

•             Baca ayat pertama di halaman muka surat yang anda ingin menghafal sebanyak 20 kali dengan keadaan melihat ayatnya.

•             Kemudian cuba baca ayat pertama tersebut sebanyak 20 kali tanpa melihat

Langkah kedua

•             Baca ayat kedua pula sebanyak 20 kali dalam keadaan melihat ayatnya

•             Kemudian, cuba baca semula ayat kedua sebanyak 20 kali dalam keadaan mata tertutup

Langkah ketiga

•             Baca ayat pertama dan kedua sebanyak 20 kali dengan cara melihat pada ayat

•             Baca ayat pertama dan kedua sekali lagi sebanyak 20 kali tanpa melihat pada ayat

Begitulah seterusnya dengan menggabungkan kesemua ayat dari awal hingga akhir dan mengulang kembali ayat sebanyak 20 kali secara melihat, 20 kali tanpa melihat.

Contoh: Ayat pertama, ayat kedua dan ayat ketiga dibaca sebanyak 20 kali secara melihat dan 20 kali tanpa melihat

Selamat mencuba, semoga menjadi pelapis hafiz dan hafizah di masa akan datang.