
KERTAS kerja bagi menggantikan aset-aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sudah ‘berusia’ kini sudah disiapkan.
Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, penggantian aset-aset baharu itu bukan sahaja melibatkan Polis Marin tetapi juga aset PDRM yang lain.
Jelas beliau, ada aset PDRM yang sudah berusia lebih 30 tahun termasuk kapal dan pesawat.
“Saya difahamkan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) sendiri iaitu pesawat jenis Pilatus dan Caravan ada yang berusia 25 tahun dan ke atas selain teknologinya yang sudah ketinggalan.
“Kita sudah siapkan kertas kerja untuk kemukakan kepada kerajaaan bagi ganti baharu aset lama dan usang itu termasuk bot, pesawat dan juga kenderaan lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putarajaya hari ini.
Baca juga: RMP Open Championship punya potensi ke peringkat lebih tinggi – Hazani
Turut hadir ialah Komander Unit Tindakhas merangkap Pengarah Kejohanan, Senior Asisten Komisioner Mohd Suzrin Mohd Rodhi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shaarani.
Mengulas lanjut, Hazani berkata, pihaknya turut menghargai usaha kerajaan untuk melakukan penggantian aset PDRM.
Katanya, beliau yakin perolehan serta gantian aset lain akan dilakukan secara berperingkat.
Menurut Hazani, hal itu dapat dilihat apabila PDRM menerima perolehan 170 buah kenderaan pacuan empat roda bagi kegunaan pasukan baru-baru ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram