TIGA orang rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan telah selamat tiba di Jeddah, Arab Saudi menaiki kapal tentera laut negara tersebut yang dalam perjalanan dibawa pulang ke negara ini.
Hasil usaha Wisma Putra, Pasukan Khas Operasi Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Kerajaan Arab Saudi serta beberapa pihak lain, ketiga-tiga mereka selamat tiba di King Faisal Naval Base, Jeddah, Arab Saudi pada 12.50 tengah malam tadi (waktu Malaysia).
Menurut kenyataan Wisma Putra, ketibaan mereka disambut oleh Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan kemudian dibawa ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ketiga-tiga mereka dijangka akan tiba di tanah air pada pukul 5 pagi 7 Mei melalui pesawat Saudia SV842 yang diuruskan oleh Wisma Putra dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.
“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana sekali lagi membantu rakyat Malaysia keluar dari Sudan dan menyediakan fasiliti sepanjang berada di Jeddah,” katanya dalam kenyataan itu.
“Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini.
“Sekali lagi saya ingin sampaikan kepada semua rakyat Malaysia jika ada saudara atau kenalan rakyat Malaysia didapati berada di Sudan, diminta berhubung dengan Wisma Putra untuk kita bantu cari mereka,” tambahnya. – UTUSANTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram