Perbandingan terhadap labah-labah dalam ayat 41 surah al-Ankabut ini diturunkan sebagai satu bentuk perumpamaan yang sangat jelas Allah S.W.T. tujukan kepada seseorang yang menjadikan Allah bukan sebagai pelindung.
Ayat ini adalah ayat perumpamaan kepada seseorang yang tidak yakin dengan kekuasaan Allah, lalu Ia disamakan dengan sifat sarang labah-labah yang mudah rapuh.
“Perumpamaan orang yang meminta perlindungan selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah sekiranya mereka mengetahui”
Dalam ayat al-Ankabut ini secara terangnya ia memberitahu kepada pembaca tentang sikap dan sifat orang yang lemah serta rapuh jiwa. Orang begini tidak meletakkan Allah sebagai sandaran dan tautan, samalah seperti rumah labah-labah yang sifatnya rapuh.
Baca juga: siri 1: menakjubkan ketahui bagaimana al-Quran mengungkap rahsia lebah
Menurut Pensyarah Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS), Sahlawati Abu Bakar,
“Saya melihat kedua-dua ayat ini memperihalkan dua ciri yang berbeza. Makna sebenar bagi ayat 41 surah al-Ankabut adalah perumpamaan orang yang tidak bergantung pada Allah sehingga ia menjadi lemah, cepat marah, hati tidak tenang dan lain-lain unsur negatif sama seperti rumah labah-labah yang memerlukan pergantungan untuk membinanya.”
Justeru itu, agar tidak menjadi seperti rumah labah-labah yang mudah rapuh walau ditiup angin, sifat kebergantungan kepada Allah sangat penting terutama dalam segenap aspek. Ini juga sebagai bukti bahawa manusia ini sifatnya lemah. Hanya kepada Allah sahajalah sandaran dan tautannya untuk hidup di dalam dunia ini.
Ingatlah, Allah tidak memerlukan kita. Dia tidak berhajat terhadap segala amalan kita sama ada besar atau kecil, berat atau ringan. Malah lebih dari itu, Allah juga tidak berhajat terhadap ketaatan kita kepada Nya. Segala kebahagiaan atau kesenangan yang kita kecapi atau kesusahan pun tidak memberi kesan pun kepada Allah.
Hakikatnya kitalah yang sebenarnya sangat memerlukan Dia. Kita perlukan agamanya, kitab al-Quran sebagai panduan hidup dan segala amalan-amalan soleh serta kebajikan yang mana segalanya untuk bekalan kita di akhirat nanti.
Malah untuk mendapatkan kesenangan dan ketenangan jiwa dan hati kita sangat berhajat dan bergantung kepada Allah kerana kita adalah manusia yang sangat lemah, dhaif dan hina. Lalu apabila ada yang menjadikan selain Allah sebagai pelindung maka mereka adalah tergolong dalam kalangan orang yang rugi dan tidak mustahil juga apabila ramai kalangan orang kuffar yang mudah sahaja membunuh diri tatkala diuji dengan musibah, itu kerana jiwa mereka sangat rapuh seperti sarang labah-labah. Wallahu a’lam
_____________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

