Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Berhad, Tan Sri Dr Tay Ah Lek (tiga, kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM10,000 untuk tajaan Hari Wartawan Nasional 2023 (HAWANA 2023) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (bernama), Roslan Ariffin (tiga, kiri) di Menara Public Bank Jalan Ampang hari ini.

PERTUBUHAN Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima tajaan tunai bernilai RM10,000 daripada Public Bank Berhad hari ini sempena penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 pada 27 hingga 29 Mei ini di Ipoh, Perak.

Replika cek bagi sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Berhad Tan Sri Dr Tay Ah Lek kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin di Menara Public Bank.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Koperasi Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Mengulas mengenai tajaan itu, Roslan berkata penajaan berkenaan adalah bagi menjayakan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan bersama kumpulan wartawan dari seluruh negara sempena penganjuran HAWANA 2023.

Baca artikel lain: KKD tubuh pasukan petugas pelaksanaan dwirangkaian 5G di Malaysia

“Kita juga buat aktiviti bersama kumpulan wartawan yang kurang bernasib baik, atau wartawan yang terkesan disebabkan faktor kesihatan, wartawan yang terlantar atau sedang menerima rawatan, itu kita buat melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Roslan berkata Public Bank merupakan bank yang komited dalam menaja serta menyokong penganjuran HAWANA selama tiga tahun berturut-turut.

“Alhamdulillah, setakat ini kita sudah menerima sumbangan penajaan bukan sahaja daripada Public Bank, tetapi juga daripada sektor-sektor lain. Insya-Allah selepas ini akan ada lebih banyak kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan besar pengamal media dan wartawan di Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan tajaan daripada sektor korporat sempena penganjuran HAWANA 2023 sebagai tanda sokongan terhadap peranan dan sumbangan pengamal media kepada negara dan rakyat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram