Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan GAMBAR: Abd Razak Aid

BARISAN Nasional (BN) akan mempertimbangkan hasrat beberapa parti bersekutu untuk menggunakan logo dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pada masa sama BN mengambil keputusan untuk menggunakan logo dacing pada PRN nanti.

“Sekarang kita sedang pertimbangkan ada rakan sekutu yang menggunakan logo kita di negeri-negeri tertentu.

“Ini strategi pilihan raya yang boleh memberikan impak lebih baik pada PRN nanri,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Trump berang didenda atas kesalahan serangan seksual

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad mendedahkan tidak boleh memberi maklumat secara terperinci parti dan kawasan mana yang akan menggunakan bantuan parti sekutu.

Katanya, BN akan bertanding dan berkempen menggunakan logo sendiri sebagai penanda aras bagi persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram