Yuna ‘pecahkan rahsia’ pernah berkolaborasi dengan Billie Eilish – “Kami pernah tulis lagu…,”

Dari Penulis

Penyanyi terkenal bertaraf antarabangsa, Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai mendedahkan dirinya pernah bergandingan dengan penyanyi Billie Eilish.

Menurutnya, dia juga pernah bertemu dengan penyanyi lagu Happier Than Ever itu dan menghasilkan lagu bersama.

“Kami berjumpa dan menulis lagu tetapi malangnya lagu tersebut tidak diterbitkan,” katanya dalam temu bual bersama stesen radio Fly FM yang disiarkan di Tik Tok baru-baru ini.

Malah, pelantun lagu Dan Sebenarnya itu turut mendedahkan Billie pernah menghantar kiriman mesej kepadanya menerusi Twitter pada 2016 namun hanya menyedari mesej tersebut dua tahun kemudian.

Tambahnya, dia memang tidak sedar kiriman mesej itu kerana sedang sibuk dengan persembahan di festival muzik Camp Flog Gnaw anjuran Tyler the Creator.

Penyanyi berusia 37 tahun itu turut mula berminat dengan lagu Billie selepas mendengar single keduanya, Ocean Eyes.

“Hai, saya adalah peminat tegar, saya seorang penyanyi berusia 14 tahun.

“Saya mendengar Lullabies dan saya sangat menyukainya, boleh saya jumpa anda di belakang pentas?” tulis Billie pada ‘direct message’ Twitter milik Yuna.

Susulan itu, Yuna menghubungi Billie dan tidak lama kemudian mereka bersua muka buat pertama kalinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This