Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi.

SENSASI olehraga negara, Muhammad Azeem Fahmi terus mempamerkan peningkatan apabila merekodkan catatan 10.11 saat (s) pada saringan 100 meter (m) Kejuaraan Trek dan Padang SEC di Lousiana, pada tadi.

Ia menyaksikan Muhammad Azeem yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat hampir untuk memecahkan rekod miliknya sendiri yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia tahun lalu iaitu 10.09s.

Sinar Harian melaporkan, penuntut Auburn State University di Alabama itu mengakhiri saringan di kedudukan kedua di belakang rakan sepasukannya, Favour Ash yang melakar catatan terpantas 10.06s

Muhammad Azeem akan turun sekali lagi pada aksi final pada Ahad dan berpeluang untuk memperbaiki catatannya itu.

Baca artikel lain: PM arah pihak berkuasa siasat mereka terlibat rasuah sebabkan negara rugi

Sebelum ini, beliau mencatatkan 10.14s untuk menamatkan saingan di tempat ketiga pada Perlumbaan East Coast di Florida, bulan lalu.

Selain itu, Muhammad Azeem turut mencuri perhatian menerusi acara pecut 60 m lelaki dalam dewan apabila berjaya mencatat 6.62s di kejohanan Tiger Paw Invitational, South Carolina pada Februari lalu.

Ia sekali gus memadam rekod yang dipegang pemenang pingat perak Kejohanan Asia 1998, Watson Nyambek yang mencatat 6.66s pada Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram