Tular di media sosial Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERTEMUAN di antara bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada kaitan dengan usaha menjadi calon pada pilihan raya negeri (PRN).

Sumber kepada Sinar Harian menegaskan, ianya adalah pertemuan biasa sambil meraikan kedatangan Anwar ke negeri Kelantan.

“Dia (Anwar) mari rumah kita, ada peluang nak jumpa, dia (Anwar) bagi peluang nak jumpa, kita jumpa.

“Tiada kaitan langsung dengan PRN. Tiada…percayalah,” katanya, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Nik Omar yang dilihat turut sama berada disamping Nik Mohamad Abduh sumber memberitahu beliau hanyalah secara kebetulan.

Baca artikel lain: Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama dalam bidang pertanian

“Apa yang berlaku hanyalah kebetulan…ketika Nik Abduh bertemu dengan Perdana Menteri, abangnya (Nik Omar turut) ada bersama.

“Bila masa mereka bergaduh, adik-beradik tidak pernah bermusuh. Biasalah kalau komen politik,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan dua keping gambar Nik Mohamad Abduh ‘duduk’ bersama Anwar tular di media sosial.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah abangnya, Nik Omar, penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin serta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pelbagai spekulasi tercetus susulan tularnya gambar Nik Mohamad Abduh bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu, Pas menggugurkan Nik Mohamad Abduh sebagai calon parti itu dan kerusi yang ditandingi sebelum ini diberikan kepada Muhamad Shahir Che Sulaiman.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram