
SEBELUM menghadiri Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Terengganu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama, Prof Dr Ustaz Razali Nawawi yang kini berada dalam keadaan uzur.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengiringi Anwar ketika menziarahi Razali yang merupakan rakan karib Perdana Menteri itu.
“Semoga Allah SWT memberikan afiyah dan kekuatan kepada beliau,” kata Perdana Menteri dalam hantaran Facebooknya, malam ini.
Baca artikel berkaitan: PM jemput orang ramai hadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani Perak
Sebelum ini, ABIM melalui laman media sosialnya turut memohon semua mendoakan Razali yang juga bekas Dekan Ahmad Ibrahim Kulliyah of Law, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan telah memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram