hapus gangguan syaitan dengan sebatan
Sekadar gambar hiasan

Penulis berpengalaman selama hampir 20 tahun merawat berbagai penyakit jasmani dan rohani dengan menggunakan kaedah ketukan atau pukulan. Apa juga ranting kayu boleh digunakan untuk mengetuk. Tetapi yang terbaik ialah ranting pokok nona kerana ianya tidak meninggalkan bisa disamping tahan lama.

Ranting tersebut dalam berbagai saiz. Ada yang kecil (sebesar lidi cucuk satay) dan besar (sebesar pensel kayu) digunakan untuk melakukan rawatan. Ranting tersebut akan diketuk secara perlahan-lahan di bahagian badan pesakit yang dipercayai dihuni oleh jin atau syaitan.

Sebelum rawatan dilakukan, perawat perlu menentukan terlebih dahulu lokasi jin atau syaitan itu di dalam tubuh pesakit. Tugas ini sangat sukar kerana jin dan syaitan tidak dapat dilihat. Oleh kerana kejadian jin atau syaitan daripada api, maka tubuh mereka adalah seperti angin.

Apabila angin jin atau syaitan masuk ke tubuh manusia menerusi urat-urat dan saraf, kita akan dapat mengesan kewujudannya dengan mudah. Bahagian tubuh yang dihuni jin atau syaitan akan menjadi lebih panas berbanding dengan bahagian-bahagian lain yang tidak dihuni.

Kita juga boleh mengetahui kewujudan jin atau syaitan dalam tubuh seseorang dengan cara memicit atau menepuk bahagian-bahagian tertentu badan.

Oleh kerana jin dan syaitan itu bernyawa, maka apabila kena tepukan atau picitan atau pukulan, jin atau syaitan itu akan merasai sakit. Semakin kuat tepukan, picitan dan pukulan, maka impaknya lebih hebat dirasai oleh jin dan syaitan.

Impak pukulan

Walaupun pukulan yang dilakukan tidak kuat (ranting nona diangkat kira-kira 45 darjah), namun kesannya begitu hebat. Kesan pukulan menjadikan kulit lebam dan bengkak, berubah warnanya seakan warna jantung pisang. Ketika diketuk, pesakit akan berasa terlalu sakit sehingga seolah-olah tidak tertanggung untuk menahan kesakitan.

Rasa terlalu sakit adalah disebabkan jin atau syaitan yang berada di bawah kulit telah terkena pukulan. Pukulan tersebut menyebabkan anggota jin atau syaitan yang berupa angin itu menjadi pecah dan hancur. Bengkak dan lebam yang terjadi adalah kerana berlaku pecah angin bukan pendarahan (pendarahan tidak berlaku sama sekali).

Melalui pemeriksaan pada anggota tubuh yang diketuk, perawat akan dapat mengetahui sama ada jin atau syaitan sudah keluar atau belum. Biasanya angggota tubuh yang sudah pulih akan bertukar daripada panas menjadi sejuk, atau dari keras menjadi lembut, atau pesakit tidak berasa sakit lagi pada tempat yang dipukul.

Semasa pukulan dilakukan, perawat sentiasa membaca ayat-ayat al-Quran tertentu, berzikrullah dan bermuraqabah kepada Allah. Pesakit dan anggota keluarga yang ada bersama di tempat rawatan juga diminta beristigfar minta keampunan daripada Allah.

Keberkesanan kaedah rawatan Islam ini adalah bergantung kepada keintiman kombinasi pukulan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, zikrullah dan muraqabah tersebut. Disamping itu, ia juga memerlukan sifat ketaqwaan perawat yang tinggi dan sempurna serta terus bertawakkal kepada Allah. Firman Allah dalam surah At-Talaq, ayat 2-3,

“Sesiapa yang benar-benar bertakwa kepada Allah, Allah sentiasa menjadikan untuknya jalan keluar (dari berbagai masalah) dan melimpahkan kepadanya rezeki (zahir dan batin) yang tidak disangka-angka. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukup sempurnalah sebagai pergantungannya. Sesungguhnya Allah Maha Sempurna urusanNya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan ketentuan bagi setiap sesuatu”.

Berbagai penyakit boleh dirawat

Kaedah rawatan ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit jasmani dan rohani. Pelbagai penyakit fizikal yang dianggap sukar dirawat dan disembuhkan seperti penyakit buasir, migrain, gout, pelbagai jenis barah, resdung, sendawa, psoriasis, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, batu karang, slip-disc, angin pasang, keguguran, tidak dapat zuriat, strok, hilang ingatan, sakit buah pinggang dan lain-lainnya dapat dipulihkan.

Beberapa orang yang menderita bertahun-tahun mengidap penyakit psoriasis berjaya dipulihkan sepenuhnya. Demikin juga beratus orang yang diserang penyakit gout, migrain, sendawa, sakit jantung yang serius juga telah dapat disembuhkan.

Berkenaan penyakit rohani pula, kaedah pukulan, ketukan atau merotan memang sangat sesuai dan sangat berkesan untuk penyembuhan dan pencegahan. Salah satu keistimewaan kaedah ini ialah kejahatan sihir akan dapat diketahui dengan segera dan lebih tepat.

Banyak masalah yang dideritai oleh pesakit disebabkan sihir bukan sahaja dapat diselesaikan, tetapi mereka yang terbabit akan dapat diketahui dan setengahnya akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah. Kaedah ini juga sangat baik digunakan untuk membuang Saka. Ramai mereka yang menghadapi masalah saka telah dapat diselesaikan dengan kaedah ini.

Mandi ais

Rawatan ini akan diakhiri dengan mandi ais. Mandi ais ini adalah didasarkan kepada firman Allah dalam surah As-Sod, ayat 40-41,

Dan ingatlah kamu akan apa yang berlaku kepada hambaKu Ayub ketika ia munajat kepada tuhannya Allah, sesungguhnya aku telah diserapi oleh syaitan yang menyebabkan aku berasa sangat azab dan sakit. Allah berfirman: Wahai Ayub! Gerakkan kakimu di bumi nanti akan keluar air yang sejuk untuk engkau mandi dan engkau minum”.

Ketika mandian dilakukan, pesakit akan digosok seluruh badan dengan potongan limau lipis yang disertakan dengan garam halus. Tujuan utama mandi ais ialah untuk melemahkan jin dan syaitan di dalam tubuh dan supaya mereka benar-benar keluar sepenuhnya. Wallahu a’lam

Oleh: Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Budi Malaysia dan Pengasas Pusat Rawatan Islam MANARAH

________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’