Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR: BERNAMA

SAMBUTAN Hari Belia Negara 2023 mampu memberi lonjakan semangat dan ruang kepada anak muda Malaysia untuk bersuara dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sambutan itu juga mengingatkan golongan belia bahawa mereka ialah pemimpin kini dan juga masa depan.

“Hari Belia Negara ini adalah kesempatan angkat semula martabat belia, mengingatkan mereka adalah pemimpin kini dan masa depan dan memberi ruang untuk mengemukakan masalah kepada pihak bertanggungjawab.

“Sebagai anak muda kita punya tanggungjawab, kita kena berfikir, menilai, kita harus sedar bahawa untuk jadi manusia berguna kepada keluarga dan negara, kita harus mulakan dengan persiapan keyakinan, ilmu, amal dan tindakan,” katanya dalam rakaman ucapan video sempena Hari Belia Negara 2023.

Baca artikel lain: Tatakelola baik Kerajaan Perpaduan berjaya tarik pelabur luar, tingkat hasil negara – PM

Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun ialah satu pengiktirafan tertinggi negara kepada anak muda Malaysia.

Sambutan peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan pada 28 Mei di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan yang dijangka dirasmikan oleh Anwar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram