BEKAS Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pandangan dan pendapat yang dikeluarkannya tidak memerlukan rasa hormat daripada sesiapa pun.
Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan tidak akan menghormati pandangan dikeluarkan oleh Presiden Muafakat Nasional (MN) itu.
Dalam hantaran di Facebook, Annuar berkata, beliau hanya berterus terang dan menyatakan sesuatu perkara itu secara jujur.
“Pandangan dan pendapat tidak memerlukan respect (hormat) dari sesiapa.
“Yang penting ia dinyatakan secara jujur dan berterus terang. Berkata benar walaupun pahit.
“Apa pun terima kasih kerana mendapat lebih 7,000 likes dalam tempoh tak sampai 24 jam,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel berkaitan: ‘Saya tak akan hormat pandangan peribadi Annuar’ – Zahid
Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata tidak akan menghormati apa sahaja pandangan peribadi yang dikeluarkan Annuar.
Malah, Timbalan Perdana Menteri itu turut membidas kenyataan Annuar yang dipercayai merujuk kepada kehadiran DAP ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.
Semalam, Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh mendakwa kehadiran DAP ke WTCKL semalam akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO meninggalkan parti itu.
Malah, kata beliau, UMNO juga akan ditolak rakyat dalam PRN akan datang.
Annuar berkata, kehadiran ribuan penyokong UMNO dan Pas pada tahun 2019 di Dewan Merdeka, WTCKL telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat hingga membuatkan parti itu meraih kemenangan dalam siri-siri pilihan raya kecil (PRK) selepas itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram