TIGA geran utama industri digital yang dikeluarkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) iaitu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima sambutan menggalakkan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, tiga geran tersebut mendapat sambutan sejak permohonan mula dibuka pada 2 Mei lalu.
Menurut beliau, tiga geran berkenaan adalah Geran Kandungan Digital (DCG); Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG).
“Perkara ini dibuktikan dengan kehadiran hampir 1,000 penggiat industri digital ke sesi taklimat yang diadakan secara maya pada 9 Mei lalu.
Baca artikel berkaitan: Tingkatkan tahap capaian Internet di kawasan pelancongan – Fahmi
“Lebih 300 soalan dan maklumat berkenaan kriteria kelayakan permohonan geran telah dikemukakan penggiat industri digital yang hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memaklumkan, permohonan yang terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Jelasnya, keputusan permohonan dijangka diumumkan pada Julai depan bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima.
“Saya menggesa lebih ramai penggiat industri kreatif tempatan mengambil peluang memohon geran-geran yang disediakan bagi memanfaatkan peluang untuk kekal utuh berdaya saing dalam pasaran tempatan sekali gus menembusi pasaran global.
“Tarikh tutup permohonan geran adalah pada 1 Jun dan maklumat lanjut boleh didapati di www.mdec.my/grants,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram