PAS mengesahkan bahawa belum ada sebarang maklumat mengenai hasrat bekas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique mahu menyertai parti tersebut.
Perkara itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin sambil memberitahu, pihaknya tidak pernah mendengar spekulasi berkenaan sebelum ini.
“Setakat ini kita memang tidak ada sebarang maklumat mengenai perkara ini.
“Bila ditanya soalan ini, barulah saya dengar mengenai perkara ini. Isu ini pun saya tidak tahu. Tiada maklumat,” katanya seperti dilapor Sinar Ahad.
Baca artikel lain: Masih ramai tidak endah larangan merokok – JKNNS
Abdullah berkata demikian bagi mengulas berhubung desas-desus Halimah yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi bakal menyertai Pas.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang kenyataan berhubung kesediaan Pas untuk menerima bekas menteri itu sekiranya benar Halimah mahu menyertai parti berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram