Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. GAMBAR: Abd Razak Aid

TIGA lelaki dan seorang gadis ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun di Jalan Perdana 5/11, Ampang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang lelaki berusia 29 tahun pada pukul 8 pagi.

Beliau berkata, mangsa telah didatangi oleh dua lelaki tempatan yang dikenali dengan menaiki motosikal jenis Yamaha.

“Pembonceng telah turun dari motosikal lalu bertindak mengelar tangan mangsa dengan menggunakan pisau pemotong buah.

“Seorang lagi suspek kemudian mengambil dompet dan telefon bimbit jenis Vivo milik mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri dan menerima 11 jahitan di Hospital Ampang.

Beliau berkata, suspek lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan, penjaga parkir dan penganggur masing-masing berusia 29 hingga 40 tahun serta seorang wanita berusia 19 tahun ditahan di sebuah flat Jalan Sang Peng pada pukul 4 pagi tadi.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa.

“Kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine dan suspek lelaki mempunyai rekod lampau jenayah serta dadah,” ujarnya.

Mohamad Farouk berkata, suspek direman selama enam hari sehingga Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram