Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

TIADA potret pemimpin atau hiasan kekal dalam Dewan Merdeka kerana dewan tersebut adalah milik World Trade Centre (WTC) yang akan disewakan kepada sesiapa sahaja untuk menganjurkan apa sahaja majlis atau program.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu tidak isu timbul pihak UMNO mengalihkan potret pemimpin lama di dalam dewan itu ketika menganjurkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

“Kalau dalam konteks Perhimpunan Agong UMNO, maka UMNO akan menghiaskan atau meminta WTC menghiaskan Dewan Merdeka dengan bendera UMNO, termasuklah hiasan potret pemimpin-pemimpin UMNO yang lampau,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam penganjuran majlis-majlis lain tidak ada sebarang pun gambar atau potret pemimpin-pemimpin di dalam Dewan Merdeka dan hiasan dewan adalah menurut cita rasa penganjur.

“Begitu juga dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, tiada istilah nak tutup mana-mana potret, tidak ada istilah nak mengalihkan mana-mana potret mana-mana pemimpin kerana memang dalam dewan itu tiada potret atau apa juga hiasan kekal,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu sebagai janggal kerana tiada potret pemimpin lama UMNO.

Beliau dengan nada sinis menyatakan mungkin ada pemimpin yang sudah lama tidak masuk ke Dewan Merdeka sehingga menyebabkan mereka membuat dakwaan sedemikian.

“Yang penting penjelasan ini seharusnya menutup segala mulut-mulut sengaja mahu mencetuskan keraguan dan mempunyai niat jahat untuk memfitnah kepimpinan seolah kita tidak menghargai ataupun melupakan jasa pemimpin-pemimpin lampau,” ulasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram