Memilih Senarai Lagu
Bagaimana sebenarnya anda memainkan muzik untuk bayi anda dalam rahim? Adakah anda meletakkan iPod anda di perut, atau hanya memainkan muzik di latar?
Kedua-dua cara ini berkesan, tetapi anda harus berhati-hati supaya tidak terlalu banyak memainkan muzik itu ataupun memainkannya pada kekuatan yang terlalu tinggi. Jika anda menggunakan iPod atau pemain muzik lain sepertinya, anda boleh menyambungkan sepasang headphone dan tarikannya keliling perut anda.
Bagaimanapun, disebabkan muzik itu sangat dekat, anda tidak boleh memainkannya dengan terlalu kuat atau melebihi sejam sehari. Jika anda memainkannya lebih dari sejam dalam sehari, bayi itu boleh terlebih terangsang.
Ini tidak akan menyakiti bayi anda secara fizikal, tetapi ia boleh menyebabkan perangsangan yang keterlaluan dan bayi anda akan berhenti bertindak balas kepada rangsangan.
Anda juga boleh memainkan muzik dengan menggunakan pemain cakera padat anda pada latar. Sama seperti dengan menggunakan iPod, muzik tidak boleh terlalu kuat kerana ini akan membuat bayi anda terkejut. Kekuatan maksimum adalah seharusnya tidak melebihi 70 desibel, iaitu lebih kurang sama kuat dengan muzik latar yang dimainkan dalam kedai.
Jenis muzik yang anda pilih juga sangat penting. Terdapat banyak barangan muzik untuk bayi dalam pasaran, kebanyakannya dalam genre muzik klasikal. Sudah tentu, ramai pakar mengesyorkan simfoni Mozart kerana ia mempunyai kombinasi sesuai antara bunyi baru dan pengulangan.
Secara umumnya, muzik sumbang, huru-hara atau berlirik lucah dianggap tidak sesuai, dengan sesetengah pakar mengatakan bahawa ia boleh membawa kesan negatif kepada struktur otak bayi.
Peranan Sebenar Muzik
Jika anda memutuskan untuk menjadikan waktu kehamilan anda suatu perjalanan diiringi muzik, anda harus realistik tentang motivasi dan jangkaan anda.
Jangan melakukannya dengan tujuan menjadikan anak anda seorang yang berbakat tinggi dalam muzik atau pemikir yang lebih bijak. Seperti yang telah dikatakan, tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ini akan berlaku, jadi anda mungkin kecewa sendiri akhirnya.
Sebaliknya, lihat kepada kualiti keseronokan muzik. Kehamilan boleh membawa perubahan angin atau waktu-waktu tertekan, jadi memainkan muzik boleh membantu anda untuk tenang dan secara tidak langsung ia bagus untuk bayi anda yang belum lahir.
Jika anda sedang rasa murung atau resah, mendengar lagu jaz kegemaran anda mampu menceriakan anda. Menari juga boleh meringankan beban anda, asalkan tidak dengan terlalu rancak.
Jadi mainkanlah muzik itu dan ubatilah jiwa anda.