PENYANYI Shila Amzah memberi bayangan hubungannya dengan pempengaruh media sosial, Ubai sudah berakhir dan hanya mampu bertahan selama lima bulan sahaja.

Menerusi perkongsian di Instagram penyanyi Memori Tercipta itu, dia berterima kasih atas semua segalanya dan akan tetap mengenang momen istimewa mereka selama ini.

“Terima kasih untuk lima bulan yang indah. Awak telah menjadi pasangan yang terbaik untuk saya, terima kasih kerana berkongsi kasih sayang kepada Seth.

“Saya hanya dapat mendoakan yang terbaik buat awak. Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala apa yang dihajati.

“Terima kasih untuk semuanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” tulisnya.

Sebelum ini, pasangan tersebut mengakui bahawa kedua-duanya sedang menjalinkan hubungan cinta dan sudah bersedia untuk melangkak ke fasa yang lebih serius.

Malah, Ubai juga mendedahkan sudah membeli sebentuk cincin untuk diberikan kepada Shila.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan memberikan pelbagai reaksi mengenai hubungan mereka.

“Mungkin selepas kematian adiknya, Ubai kena pikul tanggungjawab sebagai anak pada seorang ibu yang sakit. Sebelum ini mungkin banyak masa Ubai dengan Shila jadi kali ini Ubai pula kena berkorban. Itu anggapan saya saja kalau silap minta maaf.

“Semoga Ubai dan Shila akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin.

“Dah putus? Tulah bercinta, relaks-relaks sudah,” komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat ucapan itu sengaja dibuat untuk meraikan lima bulan usia hubungan yang dibina.