

YANG Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memperjelaskan nilai komitmen pelaburan dan tatacara pemilihan syarikat yang menandatangani 19 MoU semasa lawatan Perdana Menteri ke China pada hujung Mac lalu.
Proses tapisan yang ketat melibatkan pelbagai kementerian dan agensi telah dibuat bagi memastikan kualiti MoU yang ditandatangani semasa lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
YB Menteri turut memperbetulkan kesilapan laporan mengenai jumlah komitmen pelaburan yang dimeterai melalui 19 MoU ‘business to business’ ini.
Jumlah sebenar ialah RM69.74 bilion dan bukan RM170 bilion seperti yang dilaporkan. Selebihnya adalah komitmen pelaburan dari syarikat ternama China yang dinyatakan dalam perbincangan meja bulat bersama Anwar.
Semua harus faham, usaha menarik pelaburan perlu melalui beberapa peringkat. MoU ialah perjanjian persefahaman untuk melabur dan lazimnya anggaran komitmen pelaburan dinyatakan, belum lagi diluluskan oleh kerajaan.
Seterusnya perbincangan yang lebih terperinci menyusul dan permohonan akan dikemukakan dengan terma-terma yang khusus. Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan (NCI) akan menilai dan membuat keputusan.
Baca artikel berkaitan: Plat kenderaan siri FF dan daya reka Malaysia Madani
Menjadi amalan lazim MITI akan melaporkan ‘pelaburan yang diluluskan’ (approved investment) sebagai angka tunjuk prestasi pelaburan. Lulus tetapi belum direalisasikan.
Lazimnya FDI yang ‘diluluskan’ mengambil masa untuk direalisasikan. Berdasarkan pangkalan data UNCTAD, bagi 2010-2019 (sebelum pandemik Covid-19), secara purata setiap tahun sekitar RM36 bilion FDI yang direalisasikan masuk ke Malaysia, umumnya lebih rendah dari yang diluluskan pada tahun berkenaan.
Bagi membolehkan kita bersama memantau komitmen pelaburan daripada 19 MoU di China ini dapat direalisasikan, bagus kalau dapat progresnya dilaporkan oleh MITI secara berkala.
Daripada jumlah RM69.74 bilion ini, berapa yang akan direalisasikan tahun ini? Tahun hadapan dan seterusnya.
MINDA-UKM: Bersama Membangunkan Malaysia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram