Penyanyi legenda Tina Turner meninggal dunia

Dari Penulis

PENYANYI legenda rock Tina Turner,83, meninggal dunia di kediamannya di Kusnacht, Zurich, Switzerland.

“Dengan rasa sedih, kami mengumumkan pemergian Tina Turner.

“Dengan muzik dan semangatnya yang tidak terhingga untuk hidup, dia telah menarik jutaan peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang masa depan.

“Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi yang meninggalkan kami semua dengan karya terbaiknya iaitu muzik.

“Tina, kami akan merindui awak sayang,” tulis kenyataan di laman Instagram rasmi milik mendiang.

Tina yang popular menerusi lagu What’s Love Got to Do With It itu memulakan karier pada era 60-an dan mencipta nama bersama bekas suaminya, Ike Turner.

Tina atau Anna Mae Bullock pernah memenangi lapan anugerah Grammy pada 1980-an.

Pada 2016, Tina dilaporkan menghidap kanser usus dan pernah menjalani pemindahan buah pinggang pada 2017.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This