DUA lelaki ditahan polis petang kelmarin selepas dipercayai terlibat dalam kejadian seorang lelaki mati ditembak di kepala di Jalan Sungai Buaya, Sungai Jarom pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 19 dan 32 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang di sekitar Pekan Banting.

Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari sehingga esok dan ditahan di lokap Balai Polis Banting bagi membantu siasatan.

“Polis kini giat mengesan dua lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UtusanTV sebelum ini melaporkan pihaknya menerima laporan daripada anggota sukarelawan polis yang mendakwa telah mendengar beberapa letupan yang kuat berhampiran Balai Polis Sungai Jarom.

Pengadu kemudian menuju ke lokasi dan mendapati seorang lelaki terbaring kaku di bahu jalan dalam keadaan berdarah sebelum disahkan maut.

Siasatan mendapati mangsa berusia 39 tahun itu memiliki 13 rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram