
SEORANG lelaki maut selepas cedera parah apabila kereta dinaiki terbakar di laluan motosikal dekat Jalan Seputeh, Kuala Lumpur, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.18 malam.
Beliau berkata, sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dan Pantai dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Komander Aminuddin Ahmad Basar tiba di lokasi dan mendapati kebakaran menyebabkan sebuah kereta musnah sepenuhnya.
“Seorang lelaki Cina mengalami kecederaan teruk dan disahkan maut manakala seorang wanita warga Thailand hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dan mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram