Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke Majlis Ilmu Madani yang akan berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke Majlis Ilmu Madani yang akan berlangsung, hari ini.

Majlis ilmu berkenaan bakal diadakan pada pukul 6 petang ini di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya.

Ia menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof Dr Ali Jumuah Al Azhari.

Baca artikel lain: Isu dana judi: Muhyiddin pertimbang tindakan undang-undang

Turut diundang adalah Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

Perdana Menteri memaklumkan penganjuran majlis itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Difahamkan Majlis Ilmu Madani akan disiarkan secara langsung di RTM, Bernama dan TV Al Hijrah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram